FATANI NUSA BAKTI.
Pendekar adalah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu Persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat Seni Budaya Melayu bersendikan Syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.

- Allahyarham Guru Utama PSGFM, Pendita Haji Anuar bin Abdul Wahab, A.M.N.
Sejarah
Jawatankuasa
Ahli
Pengumuman
Penting
id-theft-concept-700px (1)

Pencuri Identiti (Identity Thieves)

Terdapat sekumpulan individu yang telah menipu pelbagai pihak dengan mengakui sebagai Ahli Jawatankuasa PSGFM bermula tahun 2013 sehingga kini, sedangkan mereka tidak terpilih melalui Mesyuarat Agung Perwakilan PSGFM yang telah dijalankan dari penggal ke penggal, sejak penubuhan PSGFM pada tahun 1976 sehingga kini. Para penipu ini (identity thieves) beroperasi menggunakan nama 'Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia' (PSGFM), diketuai oleh Aminuddin Anuar yang mengakui sebagai Guru Utama PSGFM, Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Mohd Shahid Elias, Mohd Safwan Abu Hassan dan lain-lain. Berikut adalah pautan-pautan yang dipercayai berkaitan dengan mereka:


psgfm.com.my 

senigayungfatani.com

pusatcemerlangsilat.com

silatmalaysia.com

1sekolah1silat.blogspot.com

www.facebook.com/groups/1473157096072081/?ref=br_rs  

www.facebook.com/pertubuhansenigayungfatanimalaysia/ 


Sila ambil perhatian bahawa Laman Web Rasmi PSGFM yang sebenar ialah www.psgfm.org.my (laman web ini) dan Laman Facebook di www.facebook.com/psgfm.pps.0452.98/ (page rasmi). Di harap tuan/puan semua tidak tertipu. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PESAKA Malaysia di pesakamalaysia@yahoo.com atau laman web pesaka.my, atau Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang sebenar (No. Pend. PPS: 0452/98) di setiausaha@psgfm.org.my.

Pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh PSGFM dan PESAKA (menggunakan nama Gayung Fatani)

PSGFM tidak mengiktiraf pertubuhan2 berikut:


1) Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia yang berdaftar di bawah ROS (no. pendaftaran PPM-033-10-14032013) --- dipimpin Aminuddin Anuar; 

2) Pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Antarabangsa yang berdaftar di bawah ROS (no. pendaftaran PPM-018-10-27062013) --- dipimpin Aziwahija Yeop; dan

3) Semua persatuan atau pertubuhan Silat dan seumpamanya yang didaftarkan dan/atau berjalan menggunakan nama ‘Gayung Fatani’ atau ‘Fatani’ dan seumpamanya tanpa pengetahuan atau tidak melalui pihak kami.


Ketetapan ini telah disampaikan secara bertulis kepada Pesaka Kebangsaan oleh Allahyarham Cikgu Ahmad Kamel bin Mustaffa (mantan Pengerusi PSGFM) pada Februari 2018 dan diguna pakai meliputi kesemua badan gabungan Pesaka Kebangsaan.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap mana-mana individu atau pertubuhan silat yang menggunakan nama Gayung Fatani atau seumpamanya, sila ajukan pertanyaan kepada setiausaha@psgfm.org.my.


Sekiranya anda melihat atau mengetahui sebarang gelanggang, individu, aktiviti atau pertubuhan/persatuan yang menggunakan nama 'Gayung Fatani' atau seumpamanya tetapi tidak diyakini kesahihannya, sila bantu kami dengan membuat aduan (klik di bawah):

Aduan