AMARAN UNTUK MENGELAKKAN PENIPUAN BERKENAAN PROGRAM 1 SEKOLAH 1 SILAT


Kepada Jurulatih/Penasihat Silat di sekolah-sekolah. Harap berhati-hati dengan kumpulan yang menggunakan nama 1 Sekolah 1 Silat untuk menipu melalui laman blog 1sekolah1silat.blogspot.com.

Mereka ini TIADA kena-mengena dengan program 1 Sekolah 1 Silat yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Dalam blog ini, mereka menggunakan teknik 'phishing' di dalam pautan (link) yand disediakan di dalam blog tersebut. Sekiranya pengunjung 'click' ke pautan '1 Sekolah 1 Silat', tanpa disedari pengunjung blog akan dibawa ke laman silatmalaysia.com yang dipunyai mereka.

Berikut ialah pautan-pautan daripada kumpulan penipu ini yang menggunakan nama 'Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia' (PSGFM), diketuai oleh Aminuddin Anuar, Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Mohd Shahid Elias, Mohd Safwan Abu Hassan dan lain-lain:

psgfm.com.my 
senigayungfatani.com
pusatcemerlangsilat.com
silatmalaysia.com
1sekolah1silat.blogspot.com
www.facebook.com/groups/1473157096072081/?ref=br_rs  
www.facebook.com/pertubuhansenigayungfatanimalaysia/ 


Untuk pengetahuan semua, PIIHAK KAMI TIADA KENA-MENGENA DENGAN KUMPULAN INI. Laman web rasmi PSGFM yang sebenar ialah www.psgfm.org.my (laman web ini) dan Laman Facebook di www.facebook.com/psgfm.pps.0452.98/ (page rasmi).

Di harap tuan/puan semua tidak tertipu. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PESAKA Malaysia di pesakamalaysia@yahoo.com atau Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang sebenar (No. Pend. PPS: 0452/98) di setiausaha@psgfm.org.my.

Sekian, harap maklum.

Lawatan Ukhuwwah Majlis Tertinggi PSGFM

Pada 23  Januari 2018, Majlis Tertinggi PSGFM telah mengadakan kunjungan ukhuwwah dengan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA),  Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. Berbagai perkara dibincangkan demi kebaikan PSGFM dan PESAKA secara khasnya serta Silat secara amnya.




Mesyuarat Agung Dwi-tahunan
Kali ke-30 PSGFM


Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 30 bagi tahun 2018-2019 pada 13hb Januari 2018 di Pebadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PESAKA, Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin yang mewakili Presiden PESAKA, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Alhamdulillah, mesyuarat telah berjalan dengan lancar yang menyaksikan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi yang baharu.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN YANG TERDAHULU, SERTA SELAMAT MAJU JAYA KEPADA BARISAN KEPIMPINAN YANG BARU DIPILIH!





¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


PENGUMUMAN

Laman-laman web berikut TIADA kena-mengena dan bukan mewakili PSGFM:

psgfm.com.my
 senigayungfatani.com pusatcemerlangsilat.com
silatmalaysia.com 1sekolah1silat.blogspot.com
www.facebook.com/groups/1473157096072081/?ref=br_rs
www.facebook.com/pertubuhansenigayungfatanimalaysia/

Pihak kami sedang berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi kekeliruan yang timbul daripada laman-laman web ini atau seumpamanya.

Pertanyaan? 

Sila hubungi Setiausaha Agung kami di setiausaha@psgfm.org.my

Asas Seni Gayung Fatani

Pengenalan kepada asas gerak Seni Gayung Fatani oleh Allahyarham Pendita Anuar Wahab, pengasas Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Al-Fatihah.